Tuesday, 8 March 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim

Kali ini aku nak share pengalaman aku semasa mengikuti program Kembara Du’at 2011 anjuran Facilitator Representative Committee (FRC) UIAM kampus Petaling Jaya yang diadakan di Felda Bukit Bading, Ajil, Trengganu pada 25-1 Mac 2011 yang lepas.

Pada mulanya, aku agak ragu-ragu untuk mengikuti program ini. Entah apa sebabnya, aku pun tak tahu. Haha. Namun, setelah berfikir panjang, bila lagi nak timba pengalaman, di samping melaksanakan firman Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebenaran dan menghalang daripada melakukan kejahatan (sebab program ini berorientasikan dakwah, malah nama program pun Kembara Du’at, Du’at adalah jama’ kepada Da’ie) aku memutuskan untuk menyertai program ini. Ternyata keputusan aku amat tepat, disamping aku dapat menimba pengalaman baru, bak kata orang-orang hebat, Experience is the best teacher in life (Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup), aku juga dapat merasai betapa manisnya ukhuwwah yang dibina di jalan Allah, juga dapat memuhasabah diri ini yang terlampau banyak kekurangan, apabila sahabat-sahabatku yang menyertai program ini terdiri daripada mereka-mereka yang mantap akhlaknya. Brother Shahidan, Inamul Hassan, Thaqib ‘Ismat, Sofiyuddin, Muizuddin, Syafiq, Syahmi, Nidzam, Sallehuddin, Solehuddin, Anwar dan Hafizi.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menemukan aku dengan mereka.

Jumaat, 25 Feb 2011

Kami bertolak daripada UIAM kampus Petaling Jaya pada pukul 10 malam menaiki 2 buah bas universiti. Satu bas untuk student, satu lagi untuk staff-staff yang bersama kami dalam program ini. Hujan renyai-renyai membasahi bumi PJ seolah-olah merestui pemergian kami. Ceewah!!

Sabtu, 26 Feb 2011

Kami tiba di perkarangan Masjid Felda Bukit Bading, masjid yang telah dinobatkan sebagai Masjid Contoh Felda Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 (masjid hebat tu) sekitar jam 5 pagi. Kami diberi sebuah bilik untuk brothers dan sebuah rumah musafir untuk sisters, untuk kami berehat dan menyiapkan diri untuk solat Subuh dan program perasmian pada pagi itu.

Pogram perasmian dan majlis penyerahan anak angkat bermula pada jam 10 pagi. Aku, bersama 2 orang sahabat, Syahmi dan Nidzam diserahkan kepada mak angkat kami (alamak! Aku tak ingat nama dia). Maka, bermulalah kehidupan kami sebagai anak angkat. Bajet giler. Haha. Di rumah keluarga angkat, kami berbual bersama ayah angkat, Mohd Noor yang kami panggil abah. Beliau menguasahan sebuah workshop kereta, satu-satunya worksohp yang terdapat dalam Felda ini. Kira berada jugak lah ayah angkat kitorang ni.

Bersama mak angkat

Sejurus kemudian, kami meneruskan aktitivi kami, gotong royong bersama masyarakat di sekitar kampung. Rupa-rupanya, aktiviti gotong royong ni merupakan weekly activity diorang. Boleh kata setiap minggu ada gotong royong. Aku bersama Syahmi dan Salleh membantu Cikgu Mokhtar dan mak cik mak cik memotong dahan dahan pokok yang terjulur di tepi masjid. Dahan dahan tersebut diangkat ke dalam lori dan dibuang ke tempat pembuangan sampah di dalam ladang kelapa sawit. First time aku masuk ladang kelapa sawit. Memang best giler tambah tambah lagi masuk dengan lori.

Petang tu, kami mengadakan aktiviti Tautan Kasih, iaitu menziarahi rumah penduduk kampung yang sakit serta memberikan bantuan beras dan makanan asas seperti gula dan sebagainya. Lebih kurang macam program Bersamamu TV3 la.

Ziarah orang sakit
 Pada malam hari, seusai solat Isya’, kami mendengar ucapan pengenalan kepada Felda Bukit Bading yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid, Tuan Haji Yaakob (Pak Kob), Timbalan Pengerusi JKKR, (tak ingat nama dia) dan Setiausaha Belia, En. Khairi.

Ketika malam menginjak ke pukul 12, perut kami berasa lapar. Kami bercadang untuk pergi makan di gerai mak angkat Salleh. Namun, ketika hendak keluar rumah, kami terserempak dengan ayah angkat lalu dia membawa kami makan di Restoran Hafza (kat ceruk mana entah). Aku makan kuey teaw hong kong. Sedap jugak.

Ahad, 27 Feb 2011

Kami bangun sedikit terlewat, hanya sempat berjemaah Subuh di rumah. Menyesal sungguh. Pagi itu, kami dipecahkan kepada 2 team. Team A dan Team B. Aku diletakkan dalam Team A. Aktiviti pada pagi itu untuk Team A adalah mengadakan motivasi di SK Landas manakala Team B diarahkan untuk bergotong royong (gotong royong lagi) bersama masyarakat disebabkan Felda Bukit Bading akan menerima kunjungan VIP untuk majlis Maulidur Rasul Peringkat Felda (1 Felda, 1 Ummah) yang diadakan pada malam itu. Namun, arahan pada saat-saat akhir menyuruh kami, brothers Team A untuk stay di Felda dan membantu bergotong royong bersama Team B.  Apakan daya. Kami membantu masyarakat kampung mendirikan khemah, menyusun kerusi dan seumpamanya.

Seusai solat Zohor, tiada aktiviti untuk Team A. Tidur je la. Manakala Team B pula pergi ke SAR Felda Bukit Bading untuk membantu Ustazah Nooradilah bagi program Tahsin Quran. Mengajar budak-budak membaca surah Al-Fatihah dengan betul.

Selepas Asar, kami menjadi pengangkat lauk pauk (kalau di Kelantan, dipanggil jo kako) untuk jamuan petang itu. Dan pada malam hari, ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Kadi Daerah Besut (pun tak ingat nama). Dalam masa yang sama, abang angkatku (aku yang paling muda di antara adik beradik angkat), Nidzam mengalami pening kepala dan hampir demam. Penangan melayang kerenah budak-budak di sekolah agama petang tadi barangkali. Alhamdulillah, esoknya dia sembuh.
Bersama ADUN Ajil


Isnin, 28 Feb 2011

Alhamdulillah kami berjaya bangun awal dan solat Subuh berjemaah di masjid. Seusai solat, kami bersarapan di kedai makan. Makan nasi minyak lauk ayam. Kalau kat KL, time kenduri kahwin je jumpa nasi minyak ni. Kat sini, sarapan nasi minyak.

Jam 7.30 pagi, kami menaiki bas untuk ke SMK Ajil  (Team A) bagi program motivasi manakala Team B bergerak menuju ke SMK Bukit Diman. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan sesi pengenalan kepada UIAM, taaruf barisan Fasilitator seterusnya aktiviti LDK. Dalam kumpulan aku, mostly pelajar-pelajar bercita-cita untuk menjadi askar dan bomba. Aku pun tak tahu sebabnya. Kemudian, setiap kumpulan diberikan straw, belon dan selotape dan diarahkan untuk membuat 2 binaan. Binaan yang pertama adalah satu binaan Islamik bertemakan Menuju Menara Gading mesti dibuat daripada straw manakala satu lagi binaan daripada belon yang tinggi dan stabil. Nampaknya student sekolah ni krestif juga. Bermacam macam binaan terhasil. Setelah rehat, slot motivasi bermula dengan penyampaian ceramah daripada Ustaz Che Abdul Majid, pensyarah UIAM kampus Nilai. Satu ceramah yang hebat telah disampaikan.

Bersama pelajar SMK Ajil
Pada petang hari, kami berkampung pula di SAR Felda Bukit Bading untuk program Tahsin Solat. Team B pula menguruskan sukaneka bersama keluarga angkat di Dewan Sivik. Rupa-rupanya, memang penat melayan kerenah budak-budak dari Darjah 1 sampai 6 ni. Macam-macam perangai.

Bersama pelajar SAR Felda Bukit Bading

Jam 6 petang, satu perlawanan futsal dianjurkan (actually main 2 game) diantara pelajar UIAM dan belia Felda dan dimenangi oleh kami. Tak ingat brape skor. Dan pada malam itu, majlis perasmian penutup program diadakan di Dewan Sivik. Aku ditugaskan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran pembuka majlis. Kemudian, ucapan demi ucapan disampaikan oleh orang-orang yang berkenaan. Aku tak dengar sangat. Then, aku, Syahmi, Shahidan, Thaqib dan Hasan mempersembahkan satu sketsa bertajuk Melayu Mudah Lupa. Sketsa berkaitan seorang pemuda yang belajar silat, kemudian merasakan dia yang terhebat sehingga sanggup bertarung dengan gurunya sendiri. Sungguh menarik. Kemudian majlis diserikan dengang persembahan nasyid oleh Brother Salleh dan Hafizi, persembahan ala-ala Faizal Tahir oleh En Khairi dan persembahan puisi oleh Ustaz Che Abdul Majid sambil menikmati jamuan laksa yang disediakan oleh Gerakan Peneroka Wanita (GPW).

Friendly futsal bersama Belia Felda
Isnin, 1 Mac 2011

Seusai solat Subuh, kami bersarapan nasi minyak lagi di kedai makan yang aku tak tahu nama kedainya. Haha. Kemudian, kami bersiap siap mengemas barang untuk bertolak pulang. Kami berkumpul di pejabat Felda pada jam 9.30 pagi. Pelbagai aksi drama dapat dilihat. Bergambar adalah perkara biasa sebelum berpisah. Jam 10.30 pagi, tayar bas bergerak meninggalkan Felda Bukit Bading. Berakhirlah kembara kami di sini.

Kami singgah di Kg. Losong, Kuala Terengganu untuk membeli keropok lekor. Bak kata orang, tak sah kalau pergi Terengganu tak beli keropok lekor. Then, kami pergi ke Pasar Payang, membeli cenderamata untukl yang tersayang. Solat Zohor di Masjid Kristal (actually kali kedua aku sampai, tak la menarik sangat), kemudian kami terus bertolak pulang. Kira-kira jam 9 malam, kami tiba di kampus.

Itu sahaja coretan pengalaman sepanjang di Felda Bukit Bading. Walaupun kembara di sana telah berakhir, namun, kembara pendakwah untuk memartabatkan Islam tidak akan pernah berakhir.
Sekian sahaja untuk kali ini.

3 comments:

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!